Sunday 24 July 2011

Jihad

Tuhan..
Mungkin Ini Kisah Yang Telah Tercipta Untuk Aku..
Kisah Seorang Lelaki Yang Harus Berjihad..
Jihadku Bukanlah Untuk Mengalirkan Darah Merahku..
Tapi Jihad Yang Mengorbankan Perasaan Cinta Terhadap Seseorang..

Aku Bukan Lelaki Yang Sempurna..
Aku Bukan Seperti Lelaki Yang Lain..
Aku Mencintai Manusia Yang Salah..
Dan Mencintai Manusia Yang Tak Patut Aku Cinta..

Tapi ..
Aku Mahu Jadi Lelaki Yang Sempurna..
Aku Mahu Jadi Seperti Lelaki Yang Lain..
Aku Mahu Mencintai Manusia Yang Sepatutnya..

Ini Jihad Aku..
Jihad Yang Membuka Pintu Surga Untuk Aku..
Jihad Yang Penuh Dengan Hikmah Disebaliknya..
Jihad Yang Sebenarnya Amat Menyakitkan..
Jihad Yang  Mengajar Aku Tentang Kehidupan Seorang Lelaki Yang Sebenar..

Aku Percaya Pada Keajaiban Tuhan..
Ianya Maha Adil..
Ini Bukan Satu Hukuman..
Tapi Satu Dugaan Yang Harus Ditempuh..
Kerana Tuhan Tahu Aku Mampu Menanggung Jihad Ini




Wednesday 20 July 2011

dia gadis istimewa

Saya dah lama nak buat kisah tentang gadis ini, gadis yang saya sudah kenal hampir 3 tahun yang lalu. Gadis yang boleh dikategorikan sebagai manusia paling penting dalam hidup saya selain dari keluarga saya. Gadis ini bukan kekasih saya dan juga bukan buah hati saya tapi ianya lebih dan sukar digambarkan dengan kata kata. Bila orang kata saya dengan gadis ni " couple " ke , saya dan dia pasti gelak terbahak bahak sebab hanya kami berdua sahaja yang tahu tentang hubungan unik ini. Kadang kadang saya layan kan sahaja karenah mereka mereka yang mengatakan dia kekasih saya, tapi hanya dia dan saya yang tahu kisah sebenarnya. Gadis ini banyak membantu saya dalam pelbagai aspek, sama ada dalam kehidupan dan pelajaran.  Segala kisah sedih dan kisah gembira saya ada ditangan dia , sumpah saya tak boleh berahsia dengan dia . Sampaikan kisah yang terlalu peribadi pon saya akan beritahu kepada gadis ini. Apa yang paling saya suka tentang gadis ini adalah tentang diri dia yang sangat berpendirian tetap dan sangat berkeyakinan tinggi. Dan yang paling penting gadis ini sangat pandai memasak dan sebab dia lah berat badan saya juga menaik dengan mendadak. Saya sangat berterima kasih pada tuhan kerana anugerahkan DIA kepada saya, dan selepas ini kami akan sama sama melanjutkan pelajaran ditempat yang sama. Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa dia. Semoga persahabatan kami dan hubungan unik ini akan terjalin sampai mati. Ini antara detik detik saya bersama dengan gadis ini. HAHAHA


























Inilah gadisnya Nina Hasnida ;)