Friday 30 September 2011

Aku Tak Bunuh Dia

Sumpah aku tak sangka semua ini akan berlaku , sumpah doo ! sumpah sekarang ni aku rasa serba salah yang teramat sangat. Coba anda bayangkan , pabila kawan anda memberi amanah kepada anda untuk menjaga haiwan kesayangannya yang dianggap sebagai baby , yang boleh dianggap sebagai sebahagian dari nyawa dia . Dan tak sampai 24 jam haiwan kesayangan dia tu MATI dalam jagaan anda . Ya allah, cuma kau je paham apa yang aku lalui saat saat ini. Aku yakin sangat lepas ni hubungan aku dengan dia pasti akan renggang dan sumpah aku tak mahu jadi mcm ini . AKU TAK TAHU MACAM MANA BENDA ALA TU MATI , balik balik dari class aku tengok dia dah lemah semacam dan aku ingat kan dia tidur, than pukul 8 malam tadi sumpah dia dah lain macam dan aku pon dah rasa tak sedap hati . Aku keluarkan dia dari sangkar , dan aku rasa badan dia lemah sangat, mata berair . Time tu aku dah rasa macam nak menangis, sedaya upaya aku balut badan dia , usap usap dia, baca yassin untuk dia dan siap bernazar lagi kalau dia hidup lagi aku akan buat sesuatu . Dan waktu tu aku hanya terbayangkan wajah kawan aku tuh . Dan tempat pukul 12 am 1st october tamatlah riwayat dia ni , ya allah aku dapat saksi kan kot betapa pedih dan sakitnya dia menghadapi saat saat kematian, sumpah aku dapat rasakan kesakitannya . Mungkin macam tu kot bila manusia berhadapan dengan saat saat maut . Aku insaf dan aku risau juga . Ya allah , tolonglah hambamu ini, jangan berikan dugaan yang tak mampu aku nak tanggung .



Sunday 24 July 2011

Jihad

Tuhan..
Mungkin Ini Kisah Yang Telah Tercipta Untuk Aku..
Kisah Seorang Lelaki Yang Harus Berjihad..
Jihadku Bukanlah Untuk Mengalirkan Darah Merahku..
Tapi Jihad Yang Mengorbankan Perasaan Cinta Terhadap Seseorang..

Aku Bukan Lelaki Yang Sempurna..
Aku Bukan Seperti Lelaki Yang Lain..
Aku Mencintai Manusia Yang Salah..
Dan Mencintai Manusia Yang Tak Patut Aku Cinta..

Tapi ..
Aku Mahu Jadi Lelaki Yang Sempurna..
Aku Mahu Jadi Seperti Lelaki Yang Lain..
Aku Mahu Mencintai Manusia Yang Sepatutnya..

Ini Jihad Aku..
Jihad Yang Membuka Pintu Surga Untuk Aku..
Jihad Yang Penuh Dengan Hikmah Disebaliknya..
Jihad Yang Sebenarnya Amat Menyakitkan..
Jihad Yang  Mengajar Aku Tentang Kehidupan Seorang Lelaki Yang Sebenar..

Aku Percaya Pada Keajaiban Tuhan..
Ianya Maha Adil..
Ini Bukan Satu Hukuman..
Tapi Satu Dugaan Yang Harus Ditempuh..
Kerana Tuhan Tahu Aku Mampu Menanggung Jihad Ini




Wednesday 20 July 2011

dia gadis istimewa

Saya dah lama nak buat kisah tentang gadis ini, gadis yang saya sudah kenal hampir 3 tahun yang lalu. Gadis yang boleh dikategorikan sebagai manusia paling penting dalam hidup saya selain dari keluarga saya. Gadis ini bukan kekasih saya dan juga bukan buah hati saya tapi ianya lebih dan sukar digambarkan dengan kata kata. Bila orang kata saya dengan gadis ni " couple " ke , saya dan dia pasti gelak terbahak bahak sebab hanya kami berdua sahaja yang tahu tentang hubungan unik ini. Kadang kadang saya layan kan sahaja karenah mereka mereka yang mengatakan dia kekasih saya, tapi hanya dia dan saya yang tahu kisah sebenarnya. Gadis ini banyak membantu saya dalam pelbagai aspek, sama ada dalam kehidupan dan pelajaran.  Segala kisah sedih dan kisah gembira saya ada ditangan dia , sumpah saya tak boleh berahsia dengan dia . Sampaikan kisah yang terlalu peribadi pon saya akan beritahu kepada gadis ini. Apa yang paling saya suka tentang gadis ini adalah tentang diri dia yang sangat berpendirian tetap dan sangat berkeyakinan tinggi. Dan yang paling penting gadis ini sangat pandai memasak dan sebab dia lah berat badan saya juga menaik dengan mendadak. Saya sangat berterima kasih pada tuhan kerana anugerahkan DIA kepada saya, dan selepas ini kami akan sama sama melanjutkan pelajaran ditempat yang sama. Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa dia. Semoga persahabatan kami dan hubungan unik ini akan terjalin sampai mati. Ini antara detik detik saya bersama dengan gadis ini. HAHAHA


























Inilah gadisnya Nina Hasnida ;)

Thursday 24 February 2011

kadang kadang saya benci dengan diri sendiri

kadang kadang saya rasa kehidupan di dunia ni macam tak berpihak pada saya, dan kadang kadang saya rasa macam ada sesuatu menghukum saya, dan ada suatu masa saya rasa benci gila untuk menjadi seorang manusia yang bernama hafeezi raziqin. Tapi bila saya fikir kan balik dan saya lihat manusia manusia yang kurang bernasib baik dari saya, tiba tiba terus saya rasa bersyukur, sekurang kurang nya saya masih ada nyawa untuk hidup, cukup lengkap anggota badan, sihat walafiat, ada ibu bapa lagi, ada adik adik yang boleh buat saya ketawa, ada kawan kawan yang selalu kasi semangat, boleh berasa nikmat dunia walaupun sedikit dan masih boleh ketawa walaupun menangis itu lebih banyak.

Ya Allah ampunkan saya jika saya ini manusia yang tidak bersyukur, kerana saya hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan

Monday 21 February 2011

do you wanna be on top !

Tyra Banks

Hey , adakah anda peminat america's next top model ?? kalau ye , sama lah mcm saya, saya peminat fanatik kot rancangan ni. Rancangan ini adalah cetusan idea daripada seorang supermodel yang sangat terkenal iaitu Tyra Banks bertujuan untuk mencari gadis gadis muda yang berhasrat untuk menjadi top model. Eyh eyh antm dah nak sampai musim yang ke 16 lah, teruja kot !!. ANTM ini juga telah melahirkan 15 orang juara dari musim musim yang lepas. Jom kita imbas kembali 15 gadis yang kini telah berada di puncak dan berjaya mencapai impian mereka.

cycle 1 : Adrianne Curry

cycle 2 : Yoanna House

cycle 3 : Eva Pigford

cycle 4 : Naima Mora


cycle 6 : Danielle Evans

cycle 7 : CariDee English

cycle 8 : Jaslene Gonzalez

cycle 9 : Saleisha Stowers

cycle 10 : Whitney Thompson

cycle 11 : McKey Sullivan


cycle 12 : Teyona Anderson

cycle 13 : Nicole Fox

cycle 14 : Krista White

cycle 15 : Ann Ward





siapa pula yang bakal menjadi juara yang seterusnya ?? kita tunggu je lah tyra banks nak pilih siapa pulak :)



Malaysia's Next Top Model ( cycle 1 )





HAHAHAHA, bye !















Gadis Idaman

I'm not gay, HAHA ini lah buktinya, gadis gadis yang berjaya mencuri hati saya ,aww !


Liyana Jasmay

-Saya suka bibir nya, so sexy oke :)

Yuna

- Gadis semasa ni sumpah style dowh !

Megan Fox

- Omg ! Omg !

Lisa Surihani

- Gadis melayu terakhir

Fatima Said

- Finalist of antm cycle 10, saya suka wanita berkulit gelap dan inilah salah satu contoh gadis nya :)

Nina Hasnida

- Hey, ini gadis misteri,  saya sayang lah kot dengan ini gadis, eyh ada cerita pasal ini gadis. Tunggu ye ! hehe ")






Jangan pertikai kan selera saya terhadap wanita, pendapat lain lain, dan ini lah pendapat saya, k lah , bye !












Sunday 20 February 2011

Hey Gadis Gadis Semasa !

Hey Hey gadis gadis yang cantik jelita, ouchh !! saya tak bodek lah, anda semua memang jelita, kecantikan adalah perkara subjektif, so terpulang lah pada gadis gadis diluar sana untuk mempersembahkan kejelitaan anda dengan penuh yakin dan bermaruah. Tapi saya disini bukan nak bercerita tentang kejelitaan dan kecantikan, saya sebenarnya mahu berkongsi sedikit tentang apa yang selalu ibu saya nasihat kan kepada kedua orang adik perempuan saya tu. Ibu saya ni berbeza sedikit daripada ibu ibu diluar sana, xpayah lah saya  nak cerita perbezaan tu semua, hanya saya dan dua orang adik perempuan sahaja tahu apa perbezaan tu, dan kerana perbezaan itu juga, kami bertiga amat lah menyayangi wanita ini.

Hey Hey gadis gadis yang cantik jelita, nak tahu apa yang dua nasihat dari ibu saya kalau nak cari suami ni, kadang kadang kelakar juga, tapi bila saya fikir kan balik ada benar nya kot, mungkin ibu saya bergurau tapi gurauan beliau penuh dengan maksud yang mendalam. Jom Jom saya senaraikan apa nasihat yang pernah terkeluar dari bibir beliau, nasihat ini semua untuk gadis gadis yang bergelar anak dara, HAHA :P

1) Kalau Nak Cari Suami, Cari Lah Muka Muka Yang Hensem Dan Kacak Bergaya.

HAHA, mesti korunk menganggap, lelaki lelaki yang kacak ini susah nak jaga dan playboy kan, adooii habis muka yang pecah habis tu setia sangat ke ? memang tak dinafikan ada sesetengah gadis takut untuk mencari suami yang yang mempunyai rupa paras yang sangt hebat dan perfect, sebab takut nanti dikebas orang, digilai gadis gadis diluar sana, tapi coba anda fikir kan balik, if anda mencari suami yang ala kadar je muka dia, tak menjamin kan yang dia boleh setia pada anda, ntah ntah dia sendiri yang berlaku curang dan gigih memikat wanita wanita laen, at least jejaka jejaka hensem ni , wanita tu yang gigih yang ngorat lelaki ni, bukan lelaki tu yang jual minyak dia, yelah barang cantik siapa tak terpikat kan. Bak kata mak saya " kalau kita kawin dengan lelaki yang kacak ni, kalau kita kehilangan dia, at least kita boleh berpuas hati lah sebab pernah memiliki jiwa dan raga si pemilik muka yang sempurna itu, tapi if kita kawin dengan lelaki yang tak berapa sangat nak lawa ni dan perangai lak kaki perempuan dan lelaki tu tinggalkan kita, rasa mcm rugi la kan kehidupan sebab dah lah dapat laki yang buruk rupa, lepas tu kena tinggal pulak, kan tak rasa looser tu weyh ,hehe.




2) Si Gadis Harus Materialistik

Ada orang cakap cinta itu lebih penting dari segala galanya, cinta tak bole beli dengan wang ringgit, cinta itu berdasar kan dari dua hati yang betul betul in LOVE. Dan ada dari kalangan gadis gadis diluar sana kata xkisah lah dapat suami yang sengkek asal kan dapat sehidup semati. Tapi coba korunk fikir kan balik, duit tu penting ke sekarang , ceh ceh ceh duet tu tak penting konon. Coba korunk bayangkan kalau tiap tiap hari laki ko kasi ko makan timun dan ikan masin, nak bina cinta sejati pon dah xmampu dah weyh sbb vitamin dan nutrition dan xde dalam badan, korunk mampu nak hidup macam tu, HAHA. Saya di sini bukan nak merendahkan  maruah jejaka yang sengkek ni, tapi apa yang saya nak tekan kan kalau nak bercinta tu jangan lah bercinta membabi buta. Pada lelaki diluar sana, gadis zaman sekarang perlukan mcm mcm, even nak beranak nanti pon perlukan duet, so stabil lah kan ekonomi korunk dulu sebelum hati ni gatal nak bercinta, sekurang kurang kita menunjukkan kan perhargaan kepada wanita dengan cara ini lah, menunai kan segala impian gadis yang anda cintai, weyh semua tu perlukan duet kot. Bak kata mak saya " kalau nak cari laki at least dah ade karier sendiri, sekurang kurang gaji rm 3000 ke ats, ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, dan yang paling penting, duet tu datang dari hasil titik peluh si lelaki itu, kalau setakat bergantung pada family yang sedia kaya tu nak watpe kan ". Hey si gadis gadis yang cantik jelita, kalau setakat cinta sahaja untuk zaman ini memang dah tak relevan lagi dah weyhhh






Inilah dua nasihat dari mak saya yang selalu dinasihat kan kepada adik adik perempuan saya, mungkin ibu bergurau, tapi saya rasa nasihat ibu tu ada betul nya jugak, HAHA . Tapi catatan ini hanya sekadar catatan, sesiapa yang terasa hati tu saya mohon maaf lah, catatan ini juga tiada kena mengena dengan yang sudah hidup dan yang masih mati ( macam pelik je statemnt ni )

Sesiapa yang bersetuju dengan catatan diatas, jgn lah amik bulat bulat, just ikot kesesuaian dengan  cara hidup korunk, dan sesiapa yang mcm tak berapa nak setuju, maaf lah ianya sekadar pendapat.


If ada lagi nasihat nasihat pelik dari mak saya, saya akan post lagi ye, bye !!

nadia raziqin dan fatima raziqin