Sunday 20 February 2011

Hey Gadis Gadis Semasa !

Hey Hey gadis gadis yang cantik jelita, ouchh !! saya tak bodek lah, anda semua memang jelita, kecantikan adalah perkara subjektif, so terpulang lah pada gadis gadis diluar sana untuk mempersembahkan kejelitaan anda dengan penuh yakin dan bermaruah. Tapi saya disini bukan nak bercerita tentang kejelitaan dan kecantikan, saya sebenarnya mahu berkongsi sedikit tentang apa yang selalu ibu saya nasihat kan kepada kedua orang adik perempuan saya tu. Ibu saya ni berbeza sedikit daripada ibu ibu diluar sana, xpayah lah saya  nak cerita perbezaan tu semua, hanya saya dan dua orang adik perempuan sahaja tahu apa perbezaan tu, dan kerana perbezaan itu juga, kami bertiga amat lah menyayangi wanita ini.

Hey Hey gadis gadis yang cantik jelita, nak tahu apa yang dua nasihat dari ibu saya kalau nak cari suami ni, kadang kadang kelakar juga, tapi bila saya fikir kan balik ada benar nya kot, mungkin ibu saya bergurau tapi gurauan beliau penuh dengan maksud yang mendalam. Jom Jom saya senaraikan apa nasihat yang pernah terkeluar dari bibir beliau, nasihat ini semua untuk gadis gadis yang bergelar anak dara, HAHA :P

1) Kalau Nak Cari Suami, Cari Lah Muka Muka Yang Hensem Dan Kacak Bergaya.

HAHA, mesti korunk menganggap, lelaki lelaki yang kacak ini susah nak jaga dan playboy kan, adooii habis muka yang pecah habis tu setia sangat ke ? memang tak dinafikan ada sesetengah gadis takut untuk mencari suami yang yang mempunyai rupa paras yang sangt hebat dan perfect, sebab takut nanti dikebas orang, digilai gadis gadis diluar sana, tapi coba anda fikir kan balik, if anda mencari suami yang ala kadar je muka dia, tak menjamin kan yang dia boleh setia pada anda, ntah ntah dia sendiri yang berlaku curang dan gigih memikat wanita wanita laen, at least jejaka jejaka hensem ni , wanita tu yang gigih yang ngorat lelaki ni, bukan lelaki tu yang jual minyak dia, yelah barang cantik siapa tak terpikat kan. Bak kata mak saya " kalau kita kawin dengan lelaki yang kacak ni, kalau kita kehilangan dia, at least kita boleh berpuas hati lah sebab pernah memiliki jiwa dan raga si pemilik muka yang sempurna itu, tapi if kita kawin dengan lelaki yang tak berapa sangat nak lawa ni dan perangai lak kaki perempuan dan lelaki tu tinggalkan kita, rasa mcm rugi la kan kehidupan sebab dah lah dapat laki yang buruk rupa, lepas tu kena tinggal pulak, kan tak rasa looser tu weyh ,hehe.




2) Si Gadis Harus Materialistik

Ada orang cakap cinta itu lebih penting dari segala galanya, cinta tak bole beli dengan wang ringgit, cinta itu berdasar kan dari dua hati yang betul betul in LOVE. Dan ada dari kalangan gadis gadis diluar sana kata xkisah lah dapat suami yang sengkek asal kan dapat sehidup semati. Tapi coba korunk fikir kan balik, duit tu penting ke sekarang , ceh ceh ceh duet tu tak penting konon. Coba korunk bayangkan kalau tiap tiap hari laki ko kasi ko makan timun dan ikan masin, nak bina cinta sejati pon dah xmampu dah weyh sbb vitamin dan nutrition dan xde dalam badan, korunk mampu nak hidup macam tu, HAHA. Saya di sini bukan nak merendahkan  maruah jejaka yang sengkek ni, tapi apa yang saya nak tekan kan kalau nak bercinta tu jangan lah bercinta membabi buta. Pada lelaki diluar sana, gadis zaman sekarang perlukan mcm mcm, even nak beranak nanti pon perlukan duet, so stabil lah kan ekonomi korunk dulu sebelum hati ni gatal nak bercinta, sekurang kurang kita menunjukkan kan perhargaan kepada wanita dengan cara ini lah, menunai kan segala impian gadis yang anda cintai, weyh semua tu perlukan duet kot. Bak kata mak saya " kalau nak cari laki at least dah ade karier sendiri, sekurang kurang gaji rm 3000 ke ats, ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, dan yang paling penting, duet tu datang dari hasil titik peluh si lelaki itu, kalau setakat bergantung pada family yang sedia kaya tu nak watpe kan ". Hey si gadis gadis yang cantik jelita, kalau setakat cinta sahaja untuk zaman ini memang dah tak relevan lagi dah weyhhh






Inilah dua nasihat dari mak saya yang selalu dinasihat kan kepada adik adik perempuan saya, mungkin ibu bergurau, tapi saya rasa nasihat ibu tu ada betul nya jugak, HAHA . Tapi catatan ini hanya sekadar catatan, sesiapa yang terasa hati tu saya mohon maaf lah, catatan ini juga tiada kena mengena dengan yang sudah hidup dan yang masih mati ( macam pelik je statemnt ni )

Sesiapa yang bersetuju dengan catatan diatas, jgn lah amik bulat bulat, just ikot kesesuaian dengan  cara hidup korunk, dan sesiapa yang mcm tak berapa nak setuju, maaf lah ianya sekadar pendapat.


If ada lagi nasihat nasihat pelik dari mak saya, saya akan post lagi ye, bye !!

nadia raziqin dan fatima raziqin


No comments:

Post a Comment