Thursday 24 February 2011

kadang kadang saya benci dengan diri sendiri

kadang kadang saya rasa kehidupan di dunia ni macam tak berpihak pada saya, dan kadang kadang saya rasa macam ada sesuatu menghukum saya, dan ada suatu masa saya rasa benci gila untuk menjadi seorang manusia yang bernama hafeezi raziqin. Tapi bila saya fikir kan balik dan saya lihat manusia manusia yang kurang bernasib baik dari saya, tiba tiba terus saya rasa bersyukur, sekurang kurang nya saya masih ada nyawa untuk hidup, cukup lengkap anggota badan, sihat walafiat, ada ibu bapa lagi, ada adik adik yang boleh buat saya ketawa, ada kawan kawan yang selalu kasi semangat, boleh berasa nikmat dunia walaupun sedikit dan masih boleh ketawa walaupun menangis itu lebih banyak.

Ya Allah ampunkan saya jika saya ini manusia yang tidak bersyukur, kerana saya hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan

Monday 21 February 2011

do you wanna be on top !

Tyra Banks

Hey , adakah anda peminat america's next top model ?? kalau ye , sama lah mcm saya, saya peminat fanatik kot rancangan ni. Rancangan ini adalah cetusan idea daripada seorang supermodel yang sangat terkenal iaitu Tyra Banks bertujuan untuk mencari gadis gadis muda yang berhasrat untuk menjadi top model. Eyh eyh antm dah nak sampai musim yang ke 16 lah, teruja kot !!. ANTM ini juga telah melahirkan 15 orang juara dari musim musim yang lepas. Jom kita imbas kembali 15 gadis yang kini telah berada di puncak dan berjaya mencapai impian mereka.

cycle 1 : Adrianne Curry

cycle 2 : Yoanna House

cycle 3 : Eva Pigford

cycle 4 : Naima Mora


cycle 6 : Danielle Evans

cycle 7 : CariDee English

cycle 8 : Jaslene Gonzalez

cycle 9 : Saleisha Stowers

cycle 10 : Whitney Thompson

cycle 11 : McKey Sullivan


cycle 12 : Teyona Anderson

cycle 13 : Nicole Fox

cycle 14 : Krista White

cycle 15 : Ann Ward





siapa pula yang bakal menjadi juara yang seterusnya ?? kita tunggu je lah tyra banks nak pilih siapa pulak :)



Malaysia's Next Top Model ( cycle 1 )





HAHAHAHA, bye !















Gadis Idaman

I'm not gay, HAHA ini lah buktinya, gadis gadis yang berjaya mencuri hati saya ,aww !


Liyana Jasmay

-Saya suka bibir nya, so sexy oke :)

Yuna

- Gadis semasa ni sumpah style dowh !

Megan Fox

- Omg ! Omg !

Lisa Surihani

- Gadis melayu terakhir

Fatima Said

- Finalist of antm cycle 10, saya suka wanita berkulit gelap dan inilah salah satu contoh gadis nya :)

Nina Hasnida

- Hey, ini gadis misteri,  saya sayang lah kot dengan ini gadis, eyh ada cerita pasal ini gadis. Tunggu ye ! hehe ")






Jangan pertikai kan selera saya terhadap wanita, pendapat lain lain, dan ini lah pendapat saya, k lah , bye !












Sunday 20 February 2011

Hey Gadis Gadis Semasa !

Hey Hey gadis gadis yang cantik jelita, ouchh !! saya tak bodek lah, anda semua memang jelita, kecantikan adalah perkara subjektif, so terpulang lah pada gadis gadis diluar sana untuk mempersembahkan kejelitaan anda dengan penuh yakin dan bermaruah. Tapi saya disini bukan nak bercerita tentang kejelitaan dan kecantikan, saya sebenarnya mahu berkongsi sedikit tentang apa yang selalu ibu saya nasihat kan kepada kedua orang adik perempuan saya tu. Ibu saya ni berbeza sedikit daripada ibu ibu diluar sana, xpayah lah saya  nak cerita perbezaan tu semua, hanya saya dan dua orang adik perempuan sahaja tahu apa perbezaan tu, dan kerana perbezaan itu juga, kami bertiga amat lah menyayangi wanita ini.

Hey Hey gadis gadis yang cantik jelita, nak tahu apa yang dua nasihat dari ibu saya kalau nak cari suami ni, kadang kadang kelakar juga, tapi bila saya fikir kan balik ada benar nya kot, mungkin ibu saya bergurau tapi gurauan beliau penuh dengan maksud yang mendalam. Jom Jom saya senaraikan apa nasihat yang pernah terkeluar dari bibir beliau, nasihat ini semua untuk gadis gadis yang bergelar anak dara, HAHA :P

1) Kalau Nak Cari Suami, Cari Lah Muka Muka Yang Hensem Dan Kacak Bergaya.

HAHA, mesti korunk menganggap, lelaki lelaki yang kacak ini susah nak jaga dan playboy kan, adooii habis muka yang pecah habis tu setia sangat ke ? memang tak dinafikan ada sesetengah gadis takut untuk mencari suami yang yang mempunyai rupa paras yang sangt hebat dan perfect, sebab takut nanti dikebas orang, digilai gadis gadis diluar sana, tapi coba anda fikir kan balik, if anda mencari suami yang ala kadar je muka dia, tak menjamin kan yang dia boleh setia pada anda, ntah ntah dia sendiri yang berlaku curang dan gigih memikat wanita wanita laen, at least jejaka jejaka hensem ni , wanita tu yang gigih yang ngorat lelaki ni, bukan lelaki tu yang jual minyak dia, yelah barang cantik siapa tak terpikat kan. Bak kata mak saya " kalau kita kawin dengan lelaki yang kacak ni, kalau kita kehilangan dia, at least kita boleh berpuas hati lah sebab pernah memiliki jiwa dan raga si pemilik muka yang sempurna itu, tapi if kita kawin dengan lelaki yang tak berapa sangat nak lawa ni dan perangai lak kaki perempuan dan lelaki tu tinggalkan kita, rasa mcm rugi la kan kehidupan sebab dah lah dapat laki yang buruk rupa, lepas tu kena tinggal pulak, kan tak rasa looser tu weyh ,hehe.




2) Si Gadis Harus Materialistik

Ada orang cakap cinta itu lebih penting dari segala galanya, cinta tak bole beli dengan wang ringgit, cinta itu berdasar kan dari dua hati yang betul betul in LOVE. Dan ada dari kalangan gadis gadis diluar sana kata xkisah lah dapat suami yang sengkek asal kan dapat sehidup semati. Tapi coba korunk fikir kan balik, duit tu penting ke sekarang , ceh ceh ceh duet tu tak penting konon. Coba korunk bayangkan kalau tiap tiap hari laki ko kasi ko makan timun dan ikan masin, nak bina cinta sejati pon dah xmampu dah weyh sbb vitamin dan nutrition dan xde dalam badan, korunk mampu nak hidup macam tu, HAHA. Saya di sini bukan nak merendahkan  maruah jejaka yang sengkek ni, tapi apa yang saya nak tekan kan kalau nak bercinta tu jangan lah bercinta membabi buta. Pada lelaki diluar sana, gadis zaman sekarang perlukan mcm mcm, even nak beranak nanti pon perlukan duet, so stabil lah kan ekonomi korunk dulu sebelum hati ni gatal nak bercinta, sekurang kurang kita menunjukkan kan perhargaan kepada wanita dengan cara ini lah, menunai kan segala impian gadis yang anda cintai, weyh semua tu perlukan duet kot. Bak kata mak saya " kalau nak cari laki at least dah ade karier sendiri, sekurang kurang gaji rm 3000 ke ats, ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, dan yang paling penting, duet tu datang dari hasil titik peluh si lelaki itu, kalau setakat bergantung pada family yang sedia kaya tu nak watpe kan ". Hey si gadis gadis yang cantik jelita, kalau setakat cinta sahaja untuk zaman ini memang dah tak relevan lagi dah weyhhh






Inilah dua nasihat dari mak saya yang selalu dinasihat kan kepada adik adik perempuan saya, mungkin ibu bergurau, tapi saya rasa nasihat ibu tu ada betul nya jugak, HAHA . Tapi catatan ini hanya sekadar catatan, sesiapa yang terasa hati tu saya mohon maaf lah, catatan ini juga tiada kena mengena dengan yang sudah hidup dan yang masih mati ( macam pelik je statemnt ni )

Sesiapa yang bersetuju dengan catatan diatas, jgn lah amik bulat bulat, just ikot kesesuaian dengan  cara hidup korunk, dan sesiapa yang mcm tak berapa nak setuju, maaf lah ianya sekadar pendapat.


If ada lagi nasihat nasihat pelik dari mak saya, saya akan post lagi ye, bye !!

nadia raziqin dan fatima raziqin


Saturday 19 February 2011

'blind date' di SUBANG dan zaman kejatuhan Hafeezi Raziqin ( part 2 )

hati saya semakin berdebar debar, destinasi SUBANG hanya tinggal berapa jengkal sahaja lagi, dengn tangan yang terketar ketar saya text si A dan mengata kan bahawa saya sudah hampir sampai, tiba tiba saya tersentak apabila terdengar suara wanita, SUBANG, SUBANG, SUBANG..saya menghela nafas sepanjang yang mungkin, hati kecil saya berkata, ini lah saat nyaa.......hampir setengah jam saya menunggu si A, dia kata nak amik saya kat ktm subang ni, tiba tiba hp saya berdering, panggilan dari si A, dia kata saya kat mana, than tiba tiba saya terlibat kelibat manusia yang sedang bercakap di hp dan sedang mencari seseorg, saya terpana sekejap, panggilan dari si A tak mampu saya balas, dalam gelap malam dan dilimpahi cahaya bulan, wajah manusia yang menarik perhatian saya itu semakin kelihatan, YESSS saya yakin itu lah si A, dia mungkin tak perasaan saya disitu lagi, OMG inilah baru boleh dikatakan dari mata terus kehati, rupanya mmg lebih superb drpd pic pic yang ada pada fb, saya mengangkat tangan secara perlahan, dia nampak saya dari jauh, dia tersenyum pada saya, wah ! hati saya betul betul cair, inikah kekasih saya selama ini ?? sangat mengagumkan.. dia menghampiri saya, saya tertunduk dan rasa sangt lah segan, dan situasi semakin kekok, than dia beri salam, dia cuba untuk jadikan suasana tidak menjadi kekok, than dia cakap' Hye Fizi, Nice To Meet U', hye A balas saya dengan suara yg aguk perlahan, ' hey kawan i ada tunggu kat sana , jom la' ajak si A dengan penuh manis nye, lah bawak kwn rupanya, segan lah, tapi saya terus buat cool je dan terus mengekori dia dari belakang. Mata saya tak henti henti melihat si A yang bagi saya sangat sempurna.

Tapi, semakin saya mengenali dia, semakin terasa jurang yang wujud dalam diri kami berdua, disaat dia cuba mengajak saya untuk mengenali rakan rakan nya, saya mula berasa sangat risau, sumpah saya tak boleh masuk dengan rakan rakan si A ni, topik perbualan diorang, cara permikiran diorg sangt berbeza dengn diri saya ini, sumpah saya ibarat tunggul disitu dan disaat itu saya mula berasa kecewa dengan si A, dia lebih melayan rakan rakan nya daripada saya , tapi bila difikirkan balik siapa lah saya nak mintak lebih lebih dari dia, saya dengan dia dengan rasmi nye kenal dan bersua muka tak sampai 24 jam lagi, tapi bila difikirkan banyak kali, saya disini hanya 3 hari, apa salah nya jadikan 3 hari itu hari saya dan dia, sedang kan ini lah saat saat yang saya nntikan, saat untuk mengenali dia dengan lebih dekat, bukan nya untuk berkenalan dengan rakan rakan nya, tapi apakan daya saya hanya mampu diam kan sahaja dan dia pula lansung tak paham apa yang saya mahu kan. Kadang kadang saya pernah terfikir, cara hidup dia dan cara hidup saya sumpah jauh berbeza ibarat langit dan bumi, saya terasa ibarat memalukan dia , dan saya nmpak perubahan si A yang sangat drastik, dia ibarat kecewa dengan diri saya, sebab mungkin saya ini bukan apa yang dia bayang kan sebelum kami bertemu. Tapi itu mungkin perasaan saya, mungkin saya terlalu paranoid, saya sayang kan dia, tak mahu kehilangan dia. Tak semua nya pahit ketika saya di subang, saat yang paling manis apabila kami betul betul berdua bersama, tak perlulah saya ceritakan tapi saat itulah yang membuat kan saya mahukan dia buat selama lama nya.

3 hari sudah berlalu, saat untuk saya kembali ke seremban, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedih nya saya saat itu, saya tak mahu berjauhan dengan dia, tapi pada hari tu dia nampak cool, xnampak sedih sedih mcm saya, saya xnak lah fikir bukan bukan, mungkin dia xnak tunjuk kesedihan dia, MUNGKIN kot.. than dia hantar saya kembali di KTM Subang. Sebelum saya turun dari kereta dia mencium dahi saya dan say bye bye syg, i akan rindu kat u..saya mcm nak menangis tapi saya nak nampak cool, saya terus berlalu dan berharap dia masih disitu dan melihat permergian saya, tapi bila saya toleh dibelakang, kereta dia sudah tiada..cepat nya dia pergi dan saya tak nak lah fikir bukan bukan. Disaat perjalanan dari subang ke seremban saya menantikan text dari si A, tapi sepanjang perjalanan itu juga tiada call dan mesej dari dia, saya masih berfikiran positif, mungkin dia sambung tido kot, penat semalam agak nya, saya tersenyum sendirian dan coba mengingati saat saat manis bersama dengan dia. Sangat Indah Bagi Saya <3 

saya sudah berada di seremban, dan hampir satu hari saya di seremban, call dan text dari dia lansung saya tak terima, dan saat itu saya tidak boleh lagi tenang, bayang kan lah sebelum kami bertemu, setiap saat dan detik pasti ada berita dari dia, sekarang ini hampir 24 jam saya ibarat kehilanggan dia, saya coba menghatar mesej, bukan satu tapi hampir beratus , satu text saya pon dia x balas, saya call dia, satu call dari saya pon tak pernah dijawab nya, air mata saya mula mengalir, saya dah tahu bnda ini pasti akan terjadi, dimana dia akan reject saya mentah mentah, saya coba untuk kembali berfikiran positif, saya terus online fb dan search nama dia, tergamam saya seketika, bila saya buka page dia, ade perkataan  ADD as FRIEND, WTF !!! apa ni semua !! dan saat itu saya dah mengesah kan segala gala nya, saya bukan manusia yang dia dambakan, tapi apa semua kemanisan yang terjadi kat subang tu, adakah dia hanya berpura pura atau hanya mahu menjaga hati saya. YA ALLAH hanya itu yang mampu saya lafaz kan. Dan dari saat itu zaman kejatuhan saya mula terjadi, apa yang saya lakukan semua nya tak menjadi. Cuba anda bayangkan perasaan saya waktu itu, saya ibarat ditipu hidup hidup, mana janji dia yang nak terima saya seadanya, bila saya terfikir balik ayat ayat manis dari bibir dia, saya meraung sekuat kuat nya. Saya tak pernah salah kan dia, tapi saya salah kan diri saya kenapa saya tak boleh jadi seperti apa yang dia mahukan, saya seorang manusia yang LOOSEERRRRRRRR

SAYA MASIH CINTAKAN DIA DAN SAMPAI SEKARANG SAYA MASIH MAHU KAN DIA , walaupun dah hampir setahun lebih saya tak terima berita dari dia, hati saya masih milik dia, saya pernah coba berani kan diri untuk menyintai seseorang, tapi tak tahu kenapa saya tak boleh menyintai sesiapapon selain dia. Dengan kekuatan yang saya ada sekarang ini, saya coba bangkit kembali dari zaman kejatuhan yang paling teruk dalam hidup saya, hidup saya hampir setahun tak terurus sehingga menjejas kan result exam saya.Saya coba bangkit kembali, saya bangkit bukan untuk diri saya tetapi untuk diri dia, saya mahu berlajar rajin rajin, dapat result gempak gempak, dapat kerja bagus bagus, punya banyak wang, saya mahu setaraf dengan dia. Saya mahu cari dia kembali bila saya sudah jadi seseorang, bukan hafeezi raziqin yang pertama kali dia jumpa setahun yang lalu, manusia kampung yang hanya memalukan dia. Sumpah saya akan cari dia balik, sebab hanya satu sebab saya masih cintakan dia sampai sekarang. Buat masa sekarang, saya mahu mencipta satu kehidupan yang hebat untuk parents saya , dua adik perempuan saya dan untuk Si A..

semoga si A masih hidup lah sampai ke saat yang saya janji kan itu :)

'blind date' di SUBANG dan zaman kejatuhan Hafeezi Raziqin ( part 1 )

'blind date', pernah anda buat aktiviti mcm ni, kebanyakan remaja zaman sekarang suka juga buat aktiviti mcm ni, bak kata org nak tambah kwn. Dulu bagi saya, blind date just untuk org yang tak laku, yelah gigih lah kan cari kwn kat facebook, myspace. dah mcm xde kwn kat depan mata dah. Tapi akhirnya saya juga terjebak dengan aktiviti aktiviti yang mcm ni dan akhirnya memberi bala yang paling hebat dalam hidup saya. Pada mulanya, saya mmg buta it, yelah kampung kan. Fb, ym ,skype ,msn, ms, twitter dan laman web sosial lain lansung saya tak pernah ada dan satu hari tu kwn saya suruh saya buat account untuk my space, pada mulanya sumpah kekok dan tak reti nak wat pe ngn ms tu, sampai kan saya kasi emel dan password saya ni pada membe ni tuk uruskan account saya, nasib baek membe ni seorg yg jujur tak pernah cuba tuk aniaya saya, n sejak itu juga saya mula bermula berminat dan mula berlajar tentang laman web sosial ni, agak teruja lah bila kita dapat kenal ramai kwn dari seluruh malaysia, dan selepas tu saya berlajar buat account facebook, pada waktu tu saya dah agak pakar dengan semua bnda ni dan semakin hari saya semakin addicted dengan laman web sosial ni lebih lebih lagi facebook, kadang kadang bila fikir balik, saya menyesal kot sebab terlampau obses dengn facebook dan laman web sosial yang laen, sebab dengan terlibat nya saya dalam semua ni , saya menemui zaman kejatuhan yang sangt tak disangka berlaku dalam hidup saya. Korunk nak tahu kenapa, ' blind date' ni lah yang membuat saya begitu sakit dan terluka.


sebelum ni, saya tak pernah rasa apa itu cinta, wah cinta !! mesti manis kan, dan cinta pertama saya pelik kot jika nak dibanding kan dengan semua org, sebab kenapa ?? saya bercinta dalam dunia alam maya, atau bahasa mudahnya, bercinta melalui facebook, bila difikirkan balik sumpah tak logik kot, mcm mana kita boleh jatuh cinta pada seseorg yang kita hanya melihat gambar nye di fb dan hanya mendengar suara nya di telefon dan juga melalui c2c, sedang kata org tua tua cinta tu dari mata terus ke hati, bukan dari fb terus ke hati, mungkin saya dah tak laku sangt kot dan desperate sangat nak bercinta, haha. Nak dipendek kan cerita, saya berkenalan dengan ini manusia, kita panggil A je lah, si A ni add saya dulu aw, than time tu fb dia xde picture, so saya approve je lah..dan selepas si A tulis kat wall saya say Thanks Coz Approve Me, pada mula nya malas lah nak layan kan , sbb tak de pic, takot lah nnti muka tak berapa nak lawa ke, Haha . tapi dia menunjukan usaha untuk berkenalan dengn saya, penuh lah satu inbox msj dari dia je. sebulan lepas tu dia upload pic dia, dari satu album sampai lah ke lima album, haha bila pertama kali tengok pic si A ni, dalam hati kata, "not bad this guy", dan sejak dah lihat pic dia, saya dah mula terbuka hati tuk layan dia, sbb korunk nak tahu layanan si A mmg sumpah mengagumkan , dia 'funny' , 'matured' dan aguk metropolitan jugak, dia tak berhenti kot dari coba tuk menarik perhatian saya walaupon kitorg tak pernah face to face. Selepas hampir sebulan berkenalan, dia approach saya untuk jadi "kapel" dia, mcm pelik kan, tak pernah jumpa dah nak kapel, tapi dia ckp dia betul betul in luve dengan saya. Dan waktu juga saya pon dah mcm jatuh hati dengan si A ni . Mula mula mcm jual mahal tapi tak lama pon, 5 minit terus saya setuju. Dan lepas dari situasi  tu, dari panggilan saya awak, terus ke syg b..haha sumpah mcm kat surga kot walaupon tak pernah jumpa dia, sumpah syg giler kot kat dia waktu tu, setiap hari call, setiap hari text..tapi semakin hari mengenali dia, saya semakin risau. Si A ni dikata kan anak org yang berada, yelah duk kat Subang. Cara pemikiran dia agak berbeza dengan cara pemikiran saya, yelah saya ni agak kampung si sikit dan keluarga saya bukan org berada. Dan disebabkan itu juga saya selalu rasa rendah diri dengan dia dan selalu paranoid. Kadang kadang boleh bawak gaduh kot, ye lah sebab tiap tiap hari saya ckp ngn dia yang saya ni x layak lah tuk dia, x sepadan lah, ape lah. Than dia ckp kat saya yang dia terima saya seadanya. Dan waktu saya rasa agak lega dengar kenyataan dari dia. Tapi konklusinya pada waktu itu saya sumpah bahagia, walupon hanya bercinta melalui fb n hp, kadang kadang mcm tak logik kan.



selepas hampir 3 bulan kitorang kapel, dia nak jumpa ngn saya, dia nak dtg seremban tapi saya tak bagi coz takut kantoi ngn family, than dia ajak saya dtg subang, mula mulanya mcm risau, yelah tak pernah jumpa kan, tapi saya decide tuk turun subang, tapi saya mintak dia masa selama sebulan , yelah nak prepare jumpa kekasih, haha sbb waktu tu saya agak rasa rendah diri kot . Bayang kan lah tengok gaya dari dia sumpah style kot, jenama mahal mahal, xkan lah saya nak dtg sana dengn gaya kampung saya ni. Waktu sebulan tu saya prepare segala gala nya, dari fizikal dan mental, sbb saya nak nampak sempurna kat mata dia, gigih lah jogging sampai turun 2 kilo, ( 2 kilo je , grrr ) , gigih lah pergi saloon lurus kan rambut, beli baju baru yg jenama sikit. Sebab ape saya wat semua tu, sebab saya nak nmpak sempurna kat mata dia. Adalah seorg kwn baek saya ni tahu tentang agenda saya mahu ke subang, sebab dengn ini gadis, saya tak pernah rahsia, ini gadis tahu segala gala nya pasal saya dan si A. Pada mula nya dia risau lah kan takut kena tipu, tapi saya coba yakin kan dia dan mengatakan si A ni sumpah BAIK , si gadis ni tak boleh buat pe lah dan terpaksa menyokong saya dari belakang, tapi ada satu statemnt dari dia yang sampai sekarabg saya tak bole lupa, si gadis ni cakap " keli  ko jadi je diri sendiri, jgn nak jadi org laen, sebab semakin ko mahu nampak sempurna kat mata dia semakin banyak lah kekurangan ko yang dia nmpak kat mata dia, sebab ko tak kan boleh bertahan dari menjadi diri org laen, Just Be Yourself ! ". Terdiam juga saya bila dengr nasihat tu, sampai kan sebelum tidur still lagi memikirkan statemnt dari ini gadis. Tapi saya terus kan agenda saya juga, Agenda ingin bertemu kekasih hati di SUBANG. haha sehari sebelum nak gerak ke subang sumpah bercampur baur perasaan, happy, nervous, takot. Dalam hati selalu je berkata, "boleh ke dia terima aku ni". Yelah si A ni hanya mengenali saya dari fb, pic pic saya banyak yg edit kot. dari gemok boleh nampak kurus, dari tak comel boleh nmpak comel. Tapi saya berserah pada tuhan sahaja dan berharap semuanya akan bertambah baik.

Dan hari yang dinanti sudah pon tiba, hati saya semakin berdebar bila sampai di KTM seremban, gigih beratur nak beli tiket ke KL sentral. Dan waktu tu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, dan hanya satu sahaja difikiran saya. Saya mahu berjumpa dengan ini MANUSIA, si A..........

akan bersambung :)

Friday 18 February 2011

pertama kali ke dunia blogger


hafeezi raziqin
hey guys, berdebar debar jugak hati saya ni nak masuk dalam dunia blogger ni, yelah saya ni just manusia yang mmg tak menarik lansung, so takut lah kan siapa lah yang nak baca blog saya, tapi bila difikirkan balik, kalau terus berfikiran negatif, sampai bila nak maju kan, kadang kadang blog ni bukan hanya nak kasi org baca je, tapi tempat untuk kita lepas kan tension, ibarat bercerita bersama dan berkongsi masalah bersama rakan baik, cuma beza nya , blog ni xkasi respond, tapi kira oke lah sebab ini tulisan tak pernah nak khianat kita balik, HAHA, pepepon SELAMAT DATANG lah kepada saya dalam dunia blogger walaupon saya memang dah ketinggalan zaman, dan seperti selalu, saya ni memang selalu ketinggalan zaman, oke lah ini je lah pengenalan dari saya, hope lepas ni boleh tulis lagi cerita yang lebih menarik lagi dan kalau ade rezeki nak jugak jadi blogger yang terkenal kat malaysia ni :)