Friday 30 September 2011

Aku Tak Bunuh Dia

Sumpah aku tak sangka semua ini akan berlaku , sumpah doo ! sumpah sekarang ni aku rasa serba salah yang teramat sangat. Coba anda bayangkan , pabila kawan anda memberi amanah kepada anda untuk menjaga haiwan kesayangannya yang dianggap sebagai baby , yang boleh dianggap sebagai sebahagian dari nyawa dia . Dan tak sampai 24 jam haiwan kesayangan dia tu MATI dalam jagaan anda . Ya allah, cuma kau je paham apa yang aku lalui saat saat ini. Aku yakin sangat lepas ni hubungan aku dengan dia pasti akan renggang dan sumpah aku tak mahu jadi mcm ini . AKU TAK TAHU MACAM MANA BENDA ALA TU MATI , balik balik dari class aku tengok dia dah lemah semacam dan aku ingat kan dia tidur, than pukul 8 malam tadi sumpah dia dah lain macam dan aku pon dah rasa tak sedap hati . Aku keluarkan dia dari sangkar , dan aku rasa badan dia lemah sangat, mata berair . Time tu aku dah rasa macam nak menangis, sedaya upaya aku balut badan dia , usap usap dia, baca yassin untuk dia dan siap bernazar lagi kalau dia hidup lagi aku akan buat sesuatu . Dan waktu tu aku hanya terbayangkan wajah kawan aku tuh . Dan tempat pukul 12 am 1st october tamatlah riwayat dia ni , ya allah aku dapat saksi kan kot betapa pedih dan sakitnya dia menghadapi saat saat kematian, sumpah aku dapat rasakan kesakitannya . Mungkin macam tu kot bila manusia berhadapan dengan saat saat maut . Aku insaf dan aku risau juga . Ya allah , tolonglah hambamu ini, jangan berikan dugaan yang tak mampu aku nak tanggung .