Saturday, 19 February 2011

'blind date' di SUBANG dan zaman kejatuhan Hafeezi Raziqin ( part 1 )

'blind date', pernah anda buat aktiviti mcm ni, kebanyakan remaja zaman sekarang suka juga buat aktiviti mcm ni, bak kata org nak tambah kwn. Dulu bagi saya, blind date just untuk org yang tak laku, yelah gigih lah kan cari kwn kat facebook, myspace. dah mcm xde kwn kat depan mata dah. Tapi akhirnya saya juga terjebak dengan aktiviti aktiviti yang mcm ni dan akhirnya memberi bala yang paling hebat dalam hidup saya. Pada mulanya, saya mmg buta it, yelah kampung kan. Fb, ym ,skype ,msn, ms, twitter dan laman web sosial lain lansung saya tak pernah ada dan satu hari tu kwn saya suruh saya buat account untuk my space, pada mulanya sumpah kekok dan tak reti nak wat pe ngn ms tu, sampai kan saya kasi emel dan password saya ni pada membe ni tuk uruskan account saya, nasib baek membe ni seorg yg jujur tak pernah cuba tuk aniaya saya, n sejak itu juga saya mula bermula berminat dan mula berlajar tentang laman web sosial ni, agak teruja lah bila kita dapat kenal ramai kwn dari seluruh malaysia, dan selepas tu saya berlajar buat account facebook, pada waktu tu saya dah agak pakar dengan semua bnda ni dan semakin hari saya semakin addicted dengan laman web sosial ni lebih lebih lagi facebook, kadang kadang bila fikir balik, saya menyesal kot sebab terlampau obses dengn facebook dan laman web sosial yang laen, sebab dengan terlibat nya saya dalam semua ni , saya menemui zaman kejatuhan yang sangt tak disangka berlaku dalam hidup saya. Korunk nak tahu kenapa, ' blind date' ni lah yang membuat saya begitu sakit dan terluka.


sebelum ni, saya tak pernah rasa apa itu cinta, wah cinta !! mesti manis kan, dan cinta pertama saya pelik kot jika nak dibanding kan dengan semua org, sebab kenapa ?? saya bercinta dalam dunia alam maya, atau bahasa mudahnya, bercinta melalui facebook, bila difikirkan balik sumpah tak logik kot, mcm mana kita boleh jatuh cinta pada seseorg yang kita hanya melihat gambar nye di fb dan hanya mendengar suara nya di telefon dan juga melalui c2c, sedang kata org tua tua cinta tu dari mata terus ke hati, bukan dari fb terus ke hati, mungkin saya dah tak laku sangt kot dan desperate sangat nak bercinta, haha. Nak dipendek kan cerita, saya berkenalan dengan ini manusia, kita panggil A je lah, si A ni add saya dulu aw, than time tu fb dia xde picture, so saya approve je lah..dan selepas si A tulis kat wall saya say Thanks Coz Approve Me, pada mula nya malas lah nak layan kan , sbb tak de pic, takot lah nnti muka tak berapa nak lawa ke, Haha . tapi dia menunjukan usaha untuk berkenalan dengn saya, penuh lah satu inbox msj dari dia je. sebulan lepas tu dia upload pic dia, dari satu album sampai lah ke lima album, haha bila pertama kali tengok pic si A ni, dalam hati kata, "not bad this guy", dan sejak dah lihat pic dia, saya dah mula terbuka hati tuk layan dia, sbb korunk nak tahu layanan si A mmg sumpah mengagumkan , dia 'funny' , 'matured' dan aguk metropolitan jugak, dia tak berhenti kot dari coba tuk menarik perhatian saya walaupon kitorg tak pernah face to face. Selepas hampir sebulan berkenalan, dia approach saya untuk jadi "kapel" dia, mcm pelik kan, tak pernah jumpa dah nak kapel, tapi dia ckp dia betul betul in luve dengan saya. Dan waktu juga saya pon dah mcm jatuh hati dengan si A ni . Mula mula mcm jual mahal tapi tak lama pon, 5 minit terus saya setuju. Dan lepas dari situasi  tu, dari panggilan saya awak, terus ke syg b..haha sumpah mcm kat surga kot walaupon tak pernah jumpa dia, sumpah syg giler kot kat dia waktu tu, setiap hari call, setiap hari text..tapi semakin hari mengenali dia, saya semakin risau. Si A ni dikata kan anak org yang berada, yelah duk kat Subang. Cara pemikiran dia agak berbeza dengan cara pemikiran saya, yelah saya ni agak kampung si sikit dan keluarga saya bukan org berada. Dan disebabkan itu juga saya selalu rasa rendah diri dengan dia dan selalu paranoid. Kadang kadang boleh bawak gaduh kot, ye lah sebab tiap tiap hari saya ckp ngn dia yang saya ni x layak lah tuk dia, x sepadan lah, ape lah. Than dia ckp kat saya yang dia terima saya seadanya. Dan waktu saya rasa agak lega dengar kenyataan dari dia. Tapi konklusinya pada waktu itu saya sumpah bahagia, walupon hanya bercinta melalui fb n hp, kadang kadang mcm tak logik kan.



selepas hampir 3 bulan kitorang kapel, dia nak jumpa ngn saya, dia nak dtg seremban tapi saya tak bagi coz takut kantoi ngn family, than dia ajak saya dtg subang, mula mulanya mcm risau, yelah tak pernah jumpa kan, tapi saya decide tuk turun subang, tapi saya mintak dia masa selama sebulan , yelah nak prepare jumpa kekasih, haha sbb waktu tu saya agak rasa rendah diri kot . Bayang kan lah tengok gaya dari dia sumpah style kot, jenama mahal mahal, xkan lah saya nak dtg sana dengn gaya kampung saya ni. Waktu sebulan tu saya prepare segala gala nya, dari fizikal dan mental, sbb saya nak nampak sempurna kat mata dia, gigih lah jogging sampai turun 2 kilo, ( 2 kilo je , grrr ) , gigih lah pergi saloon lurus kan rambut, beli baju baru yg jenama sikit. Sebab ape saya wat semua tu, sebab saya nak nmpak sempurna kat mata dia. Adalah seorg kwn baek saya ni tahu tentang agenda saya mahu ke subang, sebab dengn ini gadis, saya tak pernah rahsia, ini gadis tahu segala gala nya pasal saya dan si A. Pada mula nya dia risau lah kan takut kena tipu, tapi saya coba yakin kan dia dan mengatakan si A ni sumpah BAIK , si gadis ni tak boleh buat pe lah dan terpaksa menyokong saya dari belakang, tapi ada satu statemnt dari dia yang sampai sekarabg saya tak bole lupa, si gadis ni cakap " keli  ko jadi je diri sendiri, jgn nak jadi org laen, sebab semakin ko mahu nampak sempurna kat mata dia semakin banyak lah kekurangan ko yang dia nmpak kat mata dia, sebab ko tak kan boleh bertahan dari menjadi diri org laen, Just Be Yourself ! ". Terdiam juga saya bila dengr nasihat tu, sampai kan sebelum tidur still lagi memikirkan statemnt dari ini gadis. Tapi saya terus kan agenda saya juga, Agenda ingin bertemu kekasih hati di SUBANG. haha sehari sebelum nak gerak ke subang sumpah bercampur baur perasaan, happy, nervous, takot. Dalam hati selalu je berkata, "boleh ke dia terima aku ni". Yelah si A ni hanya mengenali saya dari fb, pic pic saya banyak yg edit kot. dari gemok boleh nampak kurus, dari tak comel boleh nmpak comel. Tapi saya berserah pada tuhan sahaja dan berharap semuanya akan bertambah baik.

Dan hari yang dinanti sudah pon tiba, hati saya semakin berdebar bila sampai di KTM seremban, gigih beratur nak beli tiket ke KL sentral. Dan waktu tu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, dan hanya satu sahaja difikiran saya. Saya mahu berjumpa dengan ini MANUSIA, si A..........

akan bersambung :)

6 comments:

  1. hehehehe pnjanggggg nye story !!
    dh cm novel dh weyh :)

    ReplyDelete
  2. cepat smbung... nk tau kesudahhannye..

    ReplyDelete
  3. cpt lh smbung...nk tau pe ksudahan nye...sweet story...n i want to know more...(^_^)

    ReplyDelete
  4. smoga p'cntaan siber akn b'kkalan hngga akhir hyat awk...keep smile =)

    ReplyDelete